Zaki menyilangkan tangan, memeluk erat jasad sendiri. Sesekali dia
menjeling sekeliling, tinjau akan kenalan yang mungkin turut kesejukan di dalam
bilik kuliah berhawa dingin ini. Namun tiada apa yang menarik perhatiannya.
Rata-rata seakan tumpu apa yang disampaikan oleh Dr Ramesh, pensyarah mata
pelajaran Mekanik Bendalir ini.
Tumpu?
Dia mengerling ke arah dua barisan hadapan dari mejanya,
tercari-cari Adib; teman serumah sejak tiga semester lepas. Dia tahu Adib
sekapal dengannya. Mungkin mereka bukan sahabat karib tetapi Adib tidak lokek
bab rokok, tidak kias luah cerita. Selesa. Banyak rahsia dikongsi berdua. Minat
turut berkongsi sama.
Baru kelmarin mereka membazirkan sebahagian besar hujung minggu
bersama penghuni rumah sewa yang lain dengan permainan komputer di dalam
talian, DoTA. Hedonisma anak remaja yang gila bersengkang mata menghadap skrin,
saling berbunuhan secara maya.. Bermula petang sehingga lewat malam mereka
bermain tidak henti. Bagi mereka DoTA adalah satu jihad. Menang tidak sekadar
menguasai kem musuh tetapi menang adalah aturan strategi, perang psikologi dan
teknik senjata.
Namun dalam situasi ini, nyata mereka saling eksklusif. Adib
sedang sibuk memetik mesin kira-kira, tumpu menyelesaikan masalah tajuk Tekanan
Bendalir yang baharu dipaparkan di layar putih hadapan. Dia langsung tidak
sedar akan perhati Zaki dari barisan belakang. Zaki sedikit kecewa. Dia faham mereka nampak sebahtera tapi dia hanyalah kelasi, bukan tandil seperti Adib.
Saling menahan ombak, saling menurut badai. Tapi dalam perihal ilmu, Adib jauh
lebih terkehadapan.
Posisi Zaki yang berkedudukan tepat di bawa sumber
udara dingin menyeksa dirinya. Dia menggeletar menahan dingin yang menembusi setiap ruang tulang kerangkanya. Puas dia menggosok-gosok kedua tapak tangannya sambil
menyapu ke mukanya. Sekali dia menghembus tapak tangan itu dengan harapan ianya
dapat memberi kehangatan walaupun dia tahu perbuatan ini sia-sia. Perasaan
mustahil muncul dari benaknya benarkah hanya dia seorang sahaja yang diancam
sejuk sebegini rupa.
"Tu la, dah tau kurus pakailah sweater," ujar Suri
perlahan yang duduk di sebelah kanannya sambil menyalin nota kuliah.
"Tertinggal kot kalut sangat datang kelas tadi," jawab Zaki
acuh tidak acuh merangkul tubuh sendiri.
“Kenapa tak keluar smoke dengan Adib, manalah tahu dapat panaskan
badan,” perli Suri.
“Habis stok, lagipun taknak ganggu dia sibuk belajar,” tepat
jawapan Zaki memandangkan Adib sedang bertanyakan soalan kepada Dr Ramesh.
"Kesian," selamba balasan Suri.
Tergelak kecil Zaki.
Suri tersenyum. Dia mengangkat bahu seolah-olah tidak ada apa yang
salah berlaku tadi.
Zaki termenung jauh. Dia sempat melirik ke arah Suri. Cantik. Kesempurnaan
luaran dalaman Suri ini seolah tidak mempunyai sebarang deskriptif tepat untuk
diterjemah. Rambut panjang melepasi bahu yang diikat kemudiannya dibiarkan
berjuntai menyentuh kertas A4 yang dijadikan nota. Putih jelita manis berlesung
pipit tatkala bibir mungilnya mengukir senyum. Malah bentuk tubuh Suri acap
kali menjadi mangsa umpat lelaki-lelaki gatal dek strukturnya yang montok bak
wanita matang. Selalu wujud perbincangan nakal sesama mereka bagaimana gadis
muda seawal 20-an ini tetapi memiliki ‘sesuatu’ yang mustahil oleh kebanyakan
gadis seusianya. Namun peribadi yang ditonjolkan Suri menafikan sebarang cerita
yang tidak enak mengenainya. Umum mengetahui dia seorang yang pendiam tapi
tiada masalah untuk bergaul secara kasual dengan sesiapa. Gadis senaif ini
masakan terlibat dengan perkara-perkara yang tidak manis didengar. Wujud
sedikit rasa hormat dalam hati Zaki kepada Suri.
Suri perasan dia sedang direnung
Zaki namun dia berpura-pura tidak menyedari akan perkara tersebut. Malah makin
dilentok kepala, melenggokkan tubuhnya yang ketat diliput baju kurung rona hijau
itu. Dia yakin perlakuan tersebut tidak disedari sesiapa kerana hanya mereka
berdua sahaja yang duduk di barisan belakang. Pensyarah pula sedang leka menulis
formula di papan putih. Tetapi bukankah Suri adalah gadis naif?
Suri merapatkan menekan-nekan dada busungnya menyembah meja. Makin
Suri meliuk tubuh mantapnya, makin petia Zaki memerhati. Baju kurungnya yang serba
sendat membuatkan sebahagian anggota tubuh Suri kelihatan timbul. Zaki seolah
dapat mendengar rontaan mereka yang mahu dibebaskan, mahu dikeluarkan segera
daripada kejam penjara balutan kain Suri. Sambil memejamkan mata, Suri mengemam
bibir, memejam rapat mata sambil tangannya asyik menjalari tubuh sendiri. Suara
halus yang enak menikmati kedengaran.
Zaki tidak keruan. Apa musibah yang menimpanya hari ini. Baru
sahaja tadi dia kagum akan Suri, masakan boleh berubah sekelip mata.
Bilik yang asalnya memaksa Zaki ketar kesejukan ini tiba-tiba
membahang. Peluh menitis dari dahi Zaki yang melalui kanta kaca mata langsung
tidak dihiraukannya. Jantungnya berdegup kencang. Darahnya mengalir laju
sehingga membangkitkan otot sekundernya. Apa yang boleh dia lakukan? Dia tiada
upaya melainkan cukup hanya memerhati. Dia bimbang sekiranya sebarang tindak
tanduk di luar waras akal bakal memecahkan sanggama mata ini.
Kali ini Suri semakin berani. Dia menaikkan renda baju kurungnya
ke atas pinggul sebelum mengilasnya lalu melorotkan kain sarung satinnya
sehingga terlucut dari hujung jari kaki. Zaki kaget! Matanya meliar ke kiri
kanan memastikan aksi ini tidak terintip. Jelas terserlah paha putih Suri yang
menjadi igauan kebanyakan lelaki di IPT swasta ini. Tidak tercela, tidak
berparut. Licin isi kelapa sekalipun tidak terlawan mulus paha gadis Rembau
ini. Suri menggeselkan kedua belah pahanya sehingga merah kemerahan kawasan
kulit yang saling menyentuh tadi. Matanya tepat memandang ke arah Zaki yang
umpama orang mati akal, masih tergamam.
Suri mabuk di dalam dunia
separa sedar, dunia asmara yang tidak selari dengan dunia akal. Nafsunya kian
membara, hembus keluh nafas sudah tidak meniti norma. Persetankan dunia
sekeliling. Ditanggalnya baju kurung serentak dengan kutang yang menampung ibu
segala isi tubuh Suri. Kali ini jelas di hadapan mata. Jelas semuanya tanpa selindung
mahupun seurat benang. Pandangan dari sisi lekuk tubuh Suri memang tiada
tandingan. Suri mengangkat sedikit punggung lalu berombak tubuhnya itu. Zaki seakan sudah bersedia menyertai dunia Suri. Dia tahu
ini adalah kerja gila.
Tak semena Suri mengangkat tangan sambil
bersuara lembut, nadanya penuh dengan kemusykilan, “Pardon sir, I have a question
regarding the viscosity’s formula. It’s a bit confusing.”
Lantas Zaki segera mencapai mesin kira-kira di penjuru kiri mejanya,
berlakon seolah-olah sedang mengira sesuatu. Dunia khayal yang direkanya tadi hancur
musnah. Babak seterusnya baru sahaja bermula tapi malang ianya tidak kesampaian. Satu persatu pakaian Suri dikenakan semula. Gadis yang berselubung biru, berjubah hitam
ini khusyuk memahami penerangan daripada Dr Ramesh. Dia langsung tidak
menyangka akan apa yang baru sahaja berlaku di dalam fantasi kotor Zaki.
Baginya, Zaki adalah seorang sahabat yang baik, suka membantu orang yang di
dalam masalah. Dari segi agama, walaupun tidaklah sealim mana tetapi Zaki kerap
juga berjemaah di surau dan berpuasa sunat. Itulah yang membuatkan Suri selesa
bersama Zaki biarpun sekadar kenalan sekuliah. Tersenyum simpul Suri melihat
telatah Zaki yang tak senang duduk, ligat membetulkan beg sandal yang
diletakkan di atas ribanya itu. Sejuk barangkali.
Bosan.
Kuliah masih berbaki 70 minit sebelum tamat untuk senggang waktu makan
tengah hari. Terkebil-kebil mata Zaki cuba untuk menghadam isi pengajian
hari ini. Langsung tiada apa yang dipelajarinya sejak kelas bermula jam 10
setengah pagi tadi. Beban berat matanya kian bertambah. Zaki tiada pilihan. Dia
tak mampu memilih antara tidur atau jaga. Kantuk ini perlu dipuaskan.
~~~*~~~
No comments:
Post a Comment